Kebangkitan Warsaw

Kebangkitan Warsaw (Poland: powstanie warszawskiecode: pl is deprecated ; Jerman: Warschauer Aufstandcode: de is deprecated ) atau Kebangkitan Ogos (Poland: powstanie sierpniowecode: pl is deprecated )[1] sebuah operasi dilakukan pihak pemberontak Tentera Tanah Air Poland membebaskan Warsaw dari Pemerintahan Am rejim Nazi Jerman yang menakluk. Peperangan ini dilangsungkan selama 63 hari semasa musim panas 1944 tanggal 1 Ogos sejurus pengunduran tentera Jerman dari Poland untuk melawan Tentera Merah Soviet[2][3][4] tanpa sebarang bantuan dari pihak luar menjadikannya tindakan bersenjata paling besar dilakukan manamana pihak pemeberonakan Eropah semasa Perang Dunia Kedua.[5]Walau bagaimanapun, Pemerintah Soviet pimpinan Joseph Stalin mempunyai niat sendiri mahu menjalankan pemerintah komunis yang tidak diinginkan Tentera Tanah Air yang memihak kepada Pihak Berikat;[6] maka Tentera Merah enggan memberikan bantuan ketenteraan malah sengaja menghentikan serangan terhadap phak Jerman sendiri yang memberi peluang kepada rejim Nazi berpusing menyerang kembali tentera pemberontak Poland sehingga ditumpas habis.[7] Sebanyak 16,000 orang askar pemberontakan Poland terkorban dengan sekitar 6,000 orang askar cedera parah; kira-kira antara 150,000 dan 200,000 orang awam termasuk orang Yahudi yang dilindungi dibunuh rejim Nazi yang membalas dendam; pertempuran ini turut memunsahkan banyak kawasan pebandaran Poland.[8]Tempoh kebangkitan ini difahamkan banyak cendekiawan sebagai titik mula telagah antara pihak Barat dan pihak Soviet menjurus kepada Perang Dingin yang datang pada dekad-dekad mendatang.[9] Pertempuran ini hanya dapat diperingatkan selepas tumpasnya rejim komunis Poland pada 1989,[10] suatu hari pengabadian pada 1 Ogos diluluskan tahun 2009 oleh Parlimen negara tersebut dimaktubkan Presiden Lech Kaczyński.[11]